Isnin, 13 Februari 2017

RESEPI DONAT GEBU GEBAS TERBABAS..

Tu dia..gemok kan hihi..
Assalamualaikum..ok now nak share pulak donat gebu gebasss..hihi tak lah..gebuss sangatttt tapi tekak saya ok lah hihi..& untuk yang amatur macam saya ni boleh la..try yaaaa..
Jommmm...

Bahan-bahan
A
- Yis 1 Pek
- Susu Pekat 2sb
- 2sb Gula
- 1sk Garam
- Air suam 3cwn (atau agak-agak sendiri jer)
* kesemua bahan di atas satukan dalam bekas dan biarkan sekurang-kurangnya 10minit..bila tengok yis dah berbuih tu means dah ok la tu..

B
-Telur 1biji
- Marjerin 2sb (cairkan dulu)
* dua bahan ni pukul-pukul manja bersama hehe..pastikan marjerin sejuk dulu baru pukul..

C
-Tepung Gandum 1kg @ 1/2kg( bergantung nak buat banyak mana ya)
- Baking Powder 1sb
* bahan ni satukan dan gaul2 mesra..hihi..

* Dalam bekas yang besar satukan bahan A & B kacau sebati dan tuangkan bahan C..adun sehingga menjadi doh yang tak lekat di tangan..then boleh lah biarkan adunan dalam 30 minit bagi adunan naik lagi..sebelum bentukkan tu tumbuk2 dulu adunan tu yer..supaya angin keluar..dah macam treatment mengurut la pulak haha..
Selamat mencubaaaa...opsss lupa untuk taburan gula boleh guna gula halus,icing atau blend jer gula biasa tu hihi..agak-agak jer la banyak mana nak..jangan lak bubuh sekilo kencing manis makk oiiii haha..k selamat maju jaya u allss..byeee..









Isnin, 6 Februari 2017

BASIC SPONGE CAKE


Assalamualaikum..hai..bersiaran lagi..today nak share resepi kek span yang paling basic..boleh tambah krim or anything.ikut selera & kreativiti masing-masing yerr..jom cikedot resepi..Oh ya..this kek buat for anak saudara bopday...abaikan deco yang ntah apa-apa tu..
 
Bahan-Bahan

1cawan tepung gandum / tepung blukey
1cawan gula
1sk baking powder
5biji telur (seeloknya gred A)
1sb ovelet
1/2 cawan minyak jagung
Pewarna pilihan
Perisa (nak guna apa pun boleh, tak guna pun takpa)

Cara-cara

Mix semua bahan kecuali minyak jagung mix sampai kembang..bagi putih gebu baru stop k..anggaran dalam 5-7 minit.
Then masukkan minyak jagung & kaup balik.
Oleskan luyang dengan sedikit minyak..bakar pada suhu 170..bergantung dengan oven masins-masing ya..
Untuk filling boleh guna fresh cream ya..
Selamat mencubaaaaa..

Rabu, 1 Februari 2017

KEK COKLAT MOIST HIRISAN CHEESE

KEK NI ORDER DARI RAKAN SEKERJA...SAYA TAMBAHKAN PARUTAN CHEESE DAN CERI KAT ATAS UNTUK NAMPAK LAGI MENARIK 😃

KEK COKLAT MOIST WITH HIRISAN CHEESE

 Assalamualaikum...hmm lama dah buat blog tapi tak pernah ada masa nak fill in anything hihi..so for the 1st time nak share resepi kek coklat moist for u all..❤ so sapa2 nak try sila lah hadam resepi di bawah ya..

Bahan A

 ↪ 1 cawan susu cair
↪ 1 cawan susu pekat
↪ 1 cawan serbuk koko
↪ 1 cawan minyak jagung/minyak masak
↪ 1 cawan gula
↪ 1 cawan air panas

Bahan B

 ↪ 3 biji telur (gred A)

Bahan C (Ayak bersama)

↪ 1 cawan tepung gandum

↪ 1sk soda bikarbonat

↪ 1sk baking powder

Bahan D (topping)

↪ 1 cawan serbuk koko 

↪ 1 cawan minyak

↪ 1 cawan susu cair 

Cara-cara

* panaskan bahan A di atas api perlahan..panaskan k..bukan didihkan..agak2 dah sebati matikan api..
* dalam bekas lain mixer bahan B sampai foamy..then masukkan bahan A..mixer lagi sampai sebati.
* bila dah sebati masukkan pulak bahan C yang dah di ayak bersama tadi..mixer lagi bagi sebati..dah sebati matikan mixer.
* oleskan loyang dengan sedikit minyak, loyang better guna 8' then masukkan la adunan tadi..
* kukus (panaskan pengukus dulu tau..) selama 45-60 minit..boleh bake jugak tapi bila bake tak moist lah..depend dengan diri masing2 k nak bake or kukus..

Untuk topping panaskan semua bahan D atas api perlahan..asal sebati jer..then sejukkan barulah curah atas kek..selamat mencuba..bye..👐😰