Rabu, 1 Februari 2017

KEK COKLAT MOIST HIRISAN CHEESE

KEK NI ORDER DARI RAKAN SEKERJA...SAYA TAMBAHKAN PARUTAN CHEESE DAN CERI KAT ATAS UNTUK NAMPAK LAGI MENARIK 😃

KEK COKLAT MOIST WITH HIRISAN CHEESE

 Assalamualaikum...hmm lama dah buat blog tapi tak pernah ada masa nak fill in anything hihi..so for the 1st time nak share resepi kek coklat moist for u all..❤ so sapa2 nak try sila lah hadam resepi di bawah ya..

Bahan A

 ↪ 1 cawan susu cair
↪ 1 cawan susu pekat
↪ 1 cawan serbuk koko
↪ 1 cawan minyak jagung/minyak masak
↪ 1 cawan gula
↪ 1 cawan air panas

Bahan B

 ↪ 3 biji telur (gred A)

Bahan C (Ayak bersama)

↪ 1 cawan tepung gandum

↪ 1sk soda bikarbonat

↪ 1sk baking powder

Bahan D (topping)

↪ 1 cawan serbuk koko 

↪ 1 cawan minyak

↪ 1 cawan susu cair 

Cara-cara

* panaskan bahan A di atas api perlahan..panaskan k..bukan didihkan..agak2 dah sebati matikan api..
* dalam bekas lain mixer bahan B sampai foamy..then masukkan bahan A..mixer lagi sampai sebati.
* bila dah sebati masukkan pulak bahan C yang dah di ayak bersama tadi..mixer lagi bagi sebati..dah sebati matikan mixer.
* oleskan loyang dengan sedikit minyak, loyang better guna 8' then masukkan la adunan tadi..
* kukus (panaskan pengukus dulu tau..) selama 45-60 minit..boleh bake jugak tapi bila bake tak moist lah..depend dengan diri masing2 k nak bake or kukus..

Untuk topping panaskan semua bahan D atas api perlahan..asal sebati jer..then sejukkan barulah curah atas kek..selamat mencuba..bye..👐😰


 

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan